Wednesday 29 July 2015

Panas!

Fuh! Panas! Panas! Semalam yang hangat. Eh eh ni bukan panas pasal rombakan kabinet eh. Ni pasal suhu dan cuaca semalam yang sememangnya panas. Panas macam Malaysia! Gitew perumpamannya.

Nak dijadikan cerita, pada hari yang panas itu lah aku buat kali terakhirnya melangkah longlai menuju ke kelas Nihon-go. Pejam celik pejam celik, dah pun habis kelas untuk semester ini. Niat dihati memang ini lah semester terakhir aku pergi kelas ni sebab memang ada sampai kelas 4 pun. Tapi rupa2nya semester ni kami semua terpaksa mengulang kelas 3. Hahaha nampak sangat sensei pun tak percaya nak bagi naik kelas 4 kannn. Tengah2 sem aritu ada jugak sensei offer kepada sesiapa yang nak pindah kelas 4, tapi sorang je yang pergi. Yang lain ala2 pasrah kena repeat kelas huhuhu. Lagi pun memang banyak benda tak dapat tangkap pun dalam kelas 3 ni. Banyak grammar. Dipihak aku pulak, tahun lepas kan aku ada balik mesia 2 minggu kan. So, ada lah jugak topik yang aku terlepas dan dapat tangkap balik. Positif sangat tau.

Dengan berakhirnya kelas ini, maka kini aku bebas. yahooo!!! Takmo dah pergi kelas sem depan. Penat dah. Biar lah aku menikmati cuti yang berbaki setahun setengah lagi ni dengan aman. Aman lah kan takyah perah otak tu sangat. Sekarang ni pun aku masih lagi dalam mood raya. Mesin jahit belum keluar dari dalam gerobok. Kain dah keluar dah, tapi masih dok berteleku di tepi pintu meminta diri dibuat sesuatu ke atasnya hehe. Ah, rilek la sekejap.

Mengenai kepanasan di mesia pula, satu yang menarik perhatian aku ialah bila terdengar nama nurjazlanmohamad. Siapakah? Kalau tak salah aku dia ni anak mohamadrahmat. Kalau sape2 follow wacana sinar mesti kenal sebab dia antara wakil pihak amno yang kerap dijemput dalam forum tersebut. Jenis hati kering jugak ar ni. Ye lah, dah tentu2 wacana sinar tu selalunya membangkitkan isu yang 'menentang' gomen. Kira berani ar. Sesuai lah tu dilantik sebagai timbalan menteri.

Tapi bukan itu yang aku nak highlight kan di sini. Yang sebenarnya aku lebih bimbang sebab dia ialah anggota PAC. Pengerusi kot! Dan bila dilantik sebagai menteri, beliau terpaksa melepaskan jawatan di PAC, sekaligus mengakibatkan semua aktivivti PAC tertangguh, sehinggalah lantikan baru dibuat pada sidang parlimen seterusnya. Maksudnya? Haaa itu kena google sendiri la yea.

Ok bai!


3 komen:

Anonymous said...

Jgn risau najib akan turun. But small talk camni patut di hentikan. Awak suami isteri naik kerana bumi.. kalau ahbeng perjnrah kita kelas bawah atau takde ke mana nya. Dah dia nak semua merit. But org dia yg tak layak pun dapat.. so toksah meludah banyak banya kelangit.
saya bekerja dgn ahbeng perintah..sama je. Paspon..

kalau tak kerana bumi muka mcm indon korang jadi bibik je.




maaf itu lah kenyataan

Anonymous said...

bagus juga awak masih ikuti perkembangan politik, hihi


ya maknanya siasatan kes 1mdb tu tertangguhlah kan..hmmm

zany

AyunasiA said...

zany: mesti lah ikut, saya pun pengundi jugak.

tapi katanya masih cukup corum untuk diteruskan.